Join Me

27 Januari 2015

PETUA MILIKI RAMBUT SIHAT & CANTIK/hot mummy

Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.

Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Insyaallah bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.
.

Limau purut hilangkan kelemumur.

kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.

Lidah Buaya Menguatkan rambut.

Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah dapatkan lendir lidah buaya dan sapu dikeseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan dlm 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekerap mungkin insyaallah masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.
Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa

Tiada ulasan:

Popular Post