Join Me

13 Disember 2015

Udang Sambal Petai ~IekaRich

Assalamualaikum!!! Selamat berhujung minggu gaiss ~~~

Hari ni hakak terlajak rajin pulak,pagi2 dah merayap ke pasar cari udang dan petai,heheheh sape suka mkn mcm ni kita geng lah ye...

agak2 ada yg berminat tak dengan resepi dari hakak ni?simple je,bahan dan cara masak pun mungkin sama juga dengan org lain..oklah terlajak rajin nak menaip ni hakak akan taip resepi kt sini.

Bahan-bahan:

Udang 1/2kg
Petai 4papan
Lada kering
cili padi ( terpulang nk pedas atau tidak)
Bawang besar 3 labu
bawang putih 4 ulas
Halia (agak2)
air asam jawa (sikit je)
sedikit belacan kalau suka,tak nak masuk pun xpe
gula,garam & serbuk perasa


Cara masak:

sudah pasti udang tu harus dibasuh bersih dulu ye,jangan lupa belah belakang udang dan buang urat hitam kt atas tu,petai tu belah dua mcm dlm gambar,blend lada kering bersama cili padi dan tumis hingga masak dng api perlahan......blend bahan2 lain bersama air asam jawa.

masukkan bawang yg telah diblend n tumis bersama lada kering tadi,tumis sehingga bahan tadi garing dan betul2 masak,pastikan sambal yg ditumis cukup masak supaya masakan kita tidak mudah basi...

masukkan gula,garam dan serbuk perasa,masukkan udang dan biar sehingga ia masak lepas tu barulah masuukan petai,biarkan sekejap dan tutup api.


taraaaaaa....siap sudah,ini cara masakan hakak la,korang punya cara pula macam mana?

oklah cukup setakat ini saja untuk harini,nanti kita potpet lagi

terima kasih kerana sudi menyinggah baca

jangan lupa follow Fb hakak :http://on.fb.me/1lFcAUM
wechat Id: IekaRich
Instagram : Ieka_Rich

Tiada ulasan:

Popular Post